Thursday 24th April 2014
Anwar Ibrahim Optimis PR Akan Menang 6 Negeri Pada PRU13 Reviewed by Momizat on .   Kuala Lumpur :  Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu menang di enam negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. M   Kuala Lumpur :  Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu menang di enam negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. M Rating:
You Are Here: Home » Pembangkang Haus » Anwar Ibrahim Optimis PR Akan Menang 6 Negeri Pada PRU13

Anwar Ibrahim Optimis PR Akan Menang 6 Negeri Pada PRU13

 

Kuala Lumpur :  Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu menang di enam negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Menerusi temubual ekslusif dengan Channel News Asia, Anwar Ibrahim meluahkan keyakinan tersebut.

Tegasnya selain mengekalkan Pulau  Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor, pembangkang juga akan merampas kembali  Perak dan dalam masa sama menguasai Negeri Sembilan.

Keadaan itu, katanya berdasarkan kepada petunjuk bahawa pengundi di Negeri Sembilan akan mengalihkan undi mereka kepada pembangkang.

Ditanya mengenai kempen yang dijalankan melalui gabungan pembangkang di seluruh negara, Anwar memberitahu, keadaan di Johor, Sabah dan Sarawak amat menggalakkan, justeru beliau optimistik akan berjaya.

Mengenai calon Bebas yang dikatakan bakal memecahkan undi, Anwar berkata, perkara itu bukan isu keseluruhan sebaliknya ia perlu dilihat berdasarkan kepada sesuatu kawasan.

“Jika kita lihat kepada kawasan Kuala Kangsar, PAS melawan Barisan Nasional (BN) namun apabila bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim tiba-tiba muncul sebagai calon bebas, ia pasti memecahkan undi UMNO.

“Begitu juga dengan Pakatan Rakyat, kalau calon Bebas itu di kalangan tokoh dalam NGO atau parti sendiri maka, ia menyebabkan masalah, namun kita berjaya menyelesaikannya,” katanya.

 

Leave a Comment

© 2014 sataypanas.com

Scroll to top