Thursday 17th April 2014
Suri Rumah Terus Tuntut Elaun Khas Reviewed by Momizat on . KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri  Selangor jelas telah menipu rakyat apabila  sehingga kini masih gagal menunaikan janji  manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 u KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri  Selangor jelas telah menipu rakyat apabila  sehingga kini masih gagal menunaikan janji  manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 u Rating:
You Are Here: Home » Perak 4U » Suri Rumah Terus Tuntut Elaun Khas

Suri Rumah Terus Tuntut Elaun Khas

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri  Selangor jelas telah menipu rakyat apabila  sehingga kini masih gagal menunaikan janji  manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 untuk  memberikan elaun khas kepada ibu-ibu yang  memilih menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor  (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sikap  yang ditunjukkan kerajaan negeri pimpinan Parti  Keadilan Rakyat (PKR) tersebut membuktikan  mereka sanggup melakukan apa sahaja demi  mencapai cita-cita politik.

“Kebanyakan janji tidak dapat dilaksanakan, malah  tergamak mengatakan manifesto pilihan raya  bukan janji untuk ditunaikan.

“Rakyat memilih mereka kerana yakin kerajaan  negeri akan menunaikan janji tetapi setelah  mentadbir hampir lima tahun ini, hak rakyat  diketepikan dan tidak pernah menerima elaun yang  dijanjikan,“ katanya dalam sidang akhbar selepas  menyertai demonstrasi aman menuntut elaun  khas bagi suri rumah di sini hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  sebelum ini menjanjikan elaun RM50 sebulan akan  diberikan kepada suri rumah yang memilih untuk  menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka  melalui perihal sosial dan kebajikan rakyat.

Perhimpunan aman yang bermula kira-kira pukul  10.30 pagi di hadapan Dataran Bandar Baru  Selayang tersebut turut dihadiri Presiden  Penyatuan Suri-Suri Rumah Negeri Selangor,  Datin Reny Rahyu Mohd. Ishak.

Dalam perkembangan sama, Sohaimi  menegaskan, mereka memberikan tempoh  selama seminggu kepada Abdul Khalid untuk  menunaikan janjinya atau seluruh suri rumah di  Selangor akan membawa isu itu ke mahkamah.

“Kami akan membantu suri-suri rumah berkenaan  mendapatkan bantuan guaman dan memfailkan  saman kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri   atas kegagalan mereka menunaikan janji,”  ujarnya.

Sementara itu, menurut Datin Reny Rahyu,  kegagalan kerajaan negeri Selangor menunaikan  janji terserlah apabila mereka gagal mengagihkan  elaun tersebut kepada golongan suri rumah.

“Kami akan bergerak ke Kota Raja, Tanjung  Karang, Hulu Selangor dan Gombak bagi memberi  kesedaran kepada suri rumah tentang hak yang  masih belum dituntut,’’ jelasnya.

Beliau turut mendesak kerajaan negeri Selangor   menunaikan janji-janji terdahulu sebelum  mengemukakan janji baharu dalam manifesto  PRU-13 melalui caruman wanita Malaysia.

Leave a Comment

© 2014 sataypanas.com

Scroll to top